PC Gaming Show 2020 dan Future Games Show 2020 ditangguh

PC Gamer dan GamesRadar+ telah mengumumkan bahawa acara pembentangan permainan video yang dianjurkan mereka iaitu PC Gaming Show 2020 dan Future Games Show 2020 telah ditangguh.

Kedua-dua acara sepatutnya berlangsung pada 6 Jun 2020 dan kini telah dijadualkan semula ke 13 Jun 2020. Pihak penganjur kedua-dua acara mengambil keputusan sebegini sebagai tanda hormat terhadap perjuangan isu perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

PC Gaming Show merupakan acara tahunan yang mempertunjukkan permainan video serta perkakasan komputer terbaru kepada orang ramai. Future Games Show 2020 pula sebuah acara baharu yang bakal mempertunjukkan permainan video daripada syarikat-syarikat besar seperti Square Enix, Deep Silver, dan banyak lagi.

Sumber: PC Gamer, GamesRadar+

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+