Pedro Pascal membawa watak Joel dalam siri HBO The Last of Us

Sony Pictures Televsion dan PlayStation Productions telah mengumumkan dua pelakon utama untuk siri televisyen The Last of Us. Pedro Pascal akan membawa watak Joel Miller dan Bella Ramsey pula akan melakonkan watak Ellie.

Pedro Pascal sememangnya terkenal dengan lakonannya sebagai watak utama siri Disney+ The Mandalorian. Baru-baru ini, beliau muncul di pawagam sebagai watak antagonis filem Wonder Woman 1984.

Para peminat siri televisyen Game of  Thrones semestinya mengenali Bella Ramsey. Pelakon berumur 17 tahun ini memegang watak Lyanna Mormont dalam siri televisyen tersebut. 

Siri televsiyen ini peratama kali diumumkan pada tahun lepas. Ia sedang diterbitkan secara bersama oleh dua syarikat di atas dan HBO. Siri televisyen The Last of Us bakal menjadi siri televisyen pertama daripada PlayStation Productions.

Neil Druckmann (pengarah The Last of Us Part II) berganding bahu bersama Craig Mazin (penulis siri televsiyen Chernobyl) untuk mengetuai penerbitan siri televisyen ini. Pada waktu ini, tiada tarikh siaran atau pelancaran telah ditetapkan.

Sumber: Deadline

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+