Pelakon Superman Henry Cavill Ialah Geralt of Rivia Dalam Rancangan Netflix The Witcher

Antara persoalan terbesar untuk rancangan live-action The Witcher yang bakal diterbitkan oleh Netflix sejak diumumkan pada tahun lepas adalah siapakah yang akan melakokan teraju utama, Geralt of Rivia. Nampaknya mereka telah memilih seorang pelakon yang terkenal dengan watak adiwira untuk bermain watak Geralt.

Tanpa disangka-sangka, Henry Cavill bertukar mantel Superman dan bakal menghunus pedang sebagai Geralt dalam rancangan Netflix The Witcher akan datang.

Karisma Henry Cavill sudah lama menarik perhatian penerbit eksekutif Lauren Schmidt Hissrich. Menurut satu tweet oleh Hissrich, Cavill merupakan pelakon pertama yang memahami watak Geralt dan beliau percaya keterujaan Cavill akan ditonjolkan dalam adaptasi TV akan datang.

Sebelum ini, Henry Cavill pernah meluahkan hasrat kepada IGN untuk memainkan watak Geralt dalam adaptasi TV. Jika korang tak tahu, Cavill juga adalah seorang gamer yang sukakan Skyrim dan World of Warcraft. Lebih menarik lagi, beliau juga peminat tegar siri novel asal yang menjadi inspirasi untuk game The Witcher.

Siri Netflix The Witcher akan difilemkan sebanyak lapan episod pada musim pertama. Rancangan live-action The Witcher akan berdasarkan lapan novel fantasi terkenal dengan nama sama yang dikarang oleh penulis Poland, Andrzej Sapkowski.

Namun, populariti The Witcher dipertingkatkan lagi apabila diadaptasikan menjadi komik dan tiga game RPG yang dibangunkan oleh CD Projekt Red dengan The Witcher 3: Wild Hunt masih lagi menitip di bibir gamers sebagai game paling best sepanjang zaman.

Kalau korang masih ragu-ragu tentang penampilan Cavill tidak nampak sama langsung dengan Geralt, seorang peminat bosslogic menghasilkan satu poster tidak rasmi bagi rancangan Netflix The Witcher yang tertera di bawah:

Dengan magik Hollywood seperti efek CGI dan juga mekap, rasanya boleh sahaja Cavill boleh mirip serupa dengan Geralt.

Kalau Superman bakal melakonkan Geralt of Rivia, saya tertanya-tanya siapakah yang akan memainkan watak Yennefer, Triss dan Ciri pula?

Setakat ini, Netflix tidak mendedahkan tarikh tayangan rasmi untuk rancangan The Witcher.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+