Pemain eFootball PES 2020, Ahmad Yazid jadi pemegang Malaysia Book of Records
2020-07-11T09:22:30
By: Hazril Md Nor

Pemain eFootball PES 2020, Ahmad Yazid jadi pemegang Malaysia Book of Records

 

Pemain eFootball PES 2020, Ahmad “Dragon” Yazid kini tersenyum gembira selepas menerima penghargaan Malaysia Book of Records semalam.

Dalam satu posting dimuat naik di Facebook, pemain yang juga bekerjaya sebagai jurutera ini menerima penganugerahan tersebut hadir bersama isteri tercinta di pejabat MBR.

Yazid adalah pemain Malaysia pertama dinobatkan sebagai yang terbaik di Asia dalam satu kejohanan dianjurkan oleh pembangun PES 2020, Konami.

“Saya rasa begitu teruja menerima peluang membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi. Saya cintakan negara dan akan buat apa saja untuk memastikan Jalur Gemilang kita sentiasa berkibar dan ini adalah peluang sekali saja dalam hidup!,” tulisnya.

Sebelum ini, Yazid mempunyai jalan cerita tersendiri dalam memenangi kejohanan tersebut. Beliau berkorban sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk memfokuskan pada kejohanan itu yang dianjurkan pada 1 Syawal.

Beliau juga mempunyai kerjaya tetap dan tidak memfokuskan sepenuhnya pada permainan video seperti pemain sepenuh masa lain. Pun begitu, rezeki ternyata berpihak kepada beliau atas usaha kerasnya selama ini.

Tahniah Yazid!

Sumber: Yazid Dragon

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Video nyahkotak PS5 telah mula dimuat naik
3 days ago
Cyberpunk 2077 ditangguh sekali lagi, dijadualkan tiba pada Disember
3 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
3 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
4 days ago
[Review] Ghostrunner – permainan parkour yang hampir sempurna
4 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!