Pembangun Clash of Clans, Supercell nak keluarkan tiga lagi game baru?

Pembangun Clash of Clans, Supercell mengumumkan tiga lagi permainan mudah alih yang akan dibangunkan sekali gus meluaskan lagi universe bagi judul Clash tersebut.

“Kami juga ingin meluaskan jenama Clash ini kepada peminat yang belum lagi pernah bermain Clash of Clans atau Clash Royale,” kata mereka dalam satu kenyataan di blog.

Pertama sekali, Clash Quest adalah permainan taktikal giliran yang mengutamakan konsep pengembaraan; Clash Mini pula adalah permainan seakan Magic Chess di Mobile Legends yang mana anda akan meletakkan hero-hero di medan pertempuran dan berlawan secara auto. 

Clash Mini pastinya akan menggunakan karakter dari dunia Clash sendiri. Clash Heroes pula adalah permainan genre aksi RPG yang mengutamakan ciri co-op.

Setakat ini, Supercell berkata pembangunan permainan ini masih di fasa awal.

Bagaimanapun, mereka juga memberikan pendedahan yang permainan ini mungkin akan dibatalkan pembangunannya jika ia tidak menepati standard.

Pembangunan bagi ketiga-tiga judul ini bukanlah daripada tenaga kerja Clash of Clans dan Clash Royale tetapi 100% adalah kakitangan berlainan.

RELATED NEWS

+