Pembentangan PlayStation 5 Showcase akan diadakan pada 17 September

Sony telah mengumumkan bahawa satu lagi acara pembentangan tentang konsol PlayStation 5 (PS5) akan berlangsung pada 17 September ini.

Kemungkinan besar tanda harga dan tarikh pelancaran PS5 akan diumumkan dalam pembentangan tersebut. Hal ini demikian kerana Microsoft telah mengumumkan butiran-butiran tersebut mengenai Xbox Series X dan Xbox Series S.

Anda boleh menonton pembentangan ini di YouTube dan Twitch pada 17 September ini pada jam 4 pagi. Menurut Sony, pembentangan ini berdurasi sekitar 40 minit.

Selain daripada butiran-butiran mengenai PS5, mereka juga akan memperlihatkan permainan-permainan yang akan dilancarkan untuk konsol tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+