Pemilihan Atlet E-Sukan Untuk Sukan SEA 2019 – Daftar Sekarang!
2019-03-16T05:30:28
By: Hazril Md Nor

Pemilihan Atlet E-Sukan Untuk Sukan SEA 2019 – Daftar Sekarang!

 

Kita semua sedia maklum yang e-sukan akan dipertandingkan sebagai acara berpingat buat pertama kalinya di Sukan SEA 2019 di Filipina!

Baca lanjut: 5 e-sukan dipertandingkan di SEA Games 2019

Baru-baru ini, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dah pun umum di laman Facebook mereka tentang pemilihan atlet Malaysia untuk ke sana bagi merebut lima medal e-sukan! Macam mana ya pemilihan ini dibuat?

13 buah Negeri dan 3 wilayah persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Ia akan dibuat secara berperingkat bermula dari Peringkat Negeri, Peringkat Kebangsaan (final) dan juga bootcamp. 

Mengikut 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan ini, pasukan atau pemain akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kebangsaan yang juga final untuk pemilihan ini.

Dari segi format, peringkat negeri akan dibuat secara dalam talian dan offline hanya dibuat untuk final saja. 

KBS dan MSN juga memperkenalkan Program Pembangunan E-Sukan peringkat nasional menerusi Boot Camp. Dalam program ini, pastinya pemain akan digilap bakat mereka sebagai persiapan akhir sebelum ke sana.

Apa lagi info korang perlu tahu? Penyertaan ini hanya terbuka untuk yang berumur 13 tahun dan ke atas saja tau! Bagi yang berumur bawah 18 tahun, perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa.

Daftar sekarang tau untuk 5 game!

Di laman web esportsmalaysia.org, korang boleh mula mendaftar pasukan masing-masing untuk mewakili negara! Nak mudahkan korang, penulis senaraikan link pendaftaran untuk setiap game. Klik aje pautan di bawah:

Dota 2: Daftar sini

Mobile Legends: Daftar sini

Starcraft II: Daftar sini

Arena of Valor (AOV): Daftar sini

Tekken 7: Daftar sini

Menerusi form itu, korang perlu mengisi ruang kosong iaitu negeri dan maklumat peribadi. Terma dan syarat juga disenaraikan di situ untuk korang faham lebih lanjut. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah NBA 2K19 yang tak mempunyai link pendaftaran. Penulis masih menunggu jawapan dari ESM jika permainan ini sudah pun ditarik statusnya dari Sukan SEA 2019 ataupun terdapat kesilapan dari pihak mereka.

Kemaskini: Wakil ESM mengatakan permainan keenam masih belum diumumkan.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Project Cars 3 diumumkan, akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One
3 days ago
Iklan dipanjangkan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube
3 days ago
Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun
3 days ago
Acara Level Up Play-One akan berlangsung pada 13 & 14 Jun 2020, pendaftaran adalah percuma
4 days ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020
4 days ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama