Pendapatan Ninja dijangka mencecah sehingga RM101 juta pada tahun 2020
2020-11-30T08:17:03
By: Hazril Md Nor

Pendapatan Ninja dijangka mencecah sehingga RM101 juta pada tahun 2020

 

Tyler “Ninja” Blevins memang tak diakui lagi menjadi fenomena dalam kalangan streamers apabila mencatatkan pengikut yang ramai di platform Twitch dan Youtube.

Mengikut laporan dari CNN, Ninja meraih pendapatan lebih AS$500,000 setiap bulan hanya dengan bermain permainan video.

Setiap daripada hasil pendapatannya diperoleh dari kandungan dalam talian dan penajaan. Sepanjang kariernya, Ninja memperoleh AS$270,000 bermain di peringkat profesional.

Lebih mengujakan lagi apabila Celebrity Net Worth menjangkakan pendapatan Ninja adalah sebanyak AS$25 juta atau RM101 juta. Kebanyakannya adalah daripada tawaran dari Microsoft (Mixer), Twitch, Youtube, penjualan merchandise dan menjadi duta-duta produk.

Dengan hanya berusia 28 tahun, Ninja sudah membuktikan bermain permainan video bukanlah sia-sia. Jika ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ninja juga melakukan amal kebajikan dengan menderma kepada yang memerlukan. Pada 2018, beliau melakukan penstriman amal dan berjaya mengumpul AS$100,000 untuk kesedaran dalam isu membunuh diri.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
4 days ago
MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha 2-1 Genflix Aerowolf pada perlawanan pembukaan
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021