Pendapatan PewDiePie dijangka mencecah sehingga RM122 juta pada tahun 2020
2020-11-20T08:00:07
By: Hazril Md Nor

Pendapatan PewDiePie dijangka mencecah sehingga RM122 juta pada tahun 2020

 

Pendapatan selebriti Youtube, Felix Arvid Ulf Kjelberg atau PewDiePie dijangka mencecah sebanyak AS$30 juta hingga AS$50 juta.

Laporan dari Influencer Marketing Hub mengatakan pendapatan PewDiePie meningkat setiap tahun dari 2010 hingga 2016 yang mana Forbes menjangkakan beliau adalah pencipta kandungan di Youtube yang mempunyai pendapatan tertinggi, meraih AS$15 juta setiap tahun.

Felix terkenal dengan video-video gaming yang mana beliau akan bercakap sambil bermain atau berinteraksi bersama peminat. Sejak kebelakangan ini, beliau mempelbagaikan kandungan dengan menumpukan kepada kandungan umum seperti reaksi video dan melihat video-video lama dari beberapa tahun dulu.

Di Twitter dan Instagram, beliau mencecah lebih 13 juta pengikut. Beliau juga menjalankan operasi stor dalam talian dengan menjual baju, baju lengan panjang, topi dan hoodie kepada peminat.

Pendapatan PewDiePie termasuklah iklan di Youtube, kerjasama bersama jenama dan penjualan merchandise. Beliau juga membantu mereka yang memerlukan dengan memberi derma kepada badan kebajikan sepanjang tahun.

Anda boleh ikuti PewDiePie di saluran Youtube beliau.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Sumber rujukan: Influencer Marketing Hub

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
Geek Fam tempat ketujuh dalam kejohanan Free Fire Continental Series Asia
3 days ago
Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok
3 days ago
UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony
4 days ago
Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan