Pengasas Bersama Rockstar Games Dan Penulis GTA V Akan Meninggalkan Syarikatnya Sendiri

Pada tahun 1998, Sam Houser dan Dan Houser menubuh syarikat pembangun permainan video mereka sendiri. 22 tahun kemudian, syarikat tersebut telah meraih keuntungan berbillion-billion ringgit. Itulah kisah Rockstar Games.

Baru-baru ini, Take-Two Interactive (pemilik Rockstar Games) mengumumkan bahawa Dan Houser akan meninggalkan syarikat yang ditubuhnya itu. Abangnya, Sam Houser, akan kekal sebagai presiden Rockstar Games.

Menurut dokumen rasmi daripada Take-Two Interactive, hari terakhir Dan di Rockstar Games ialah 11 Mac 2020. Malangnya, alasan disebalik tindakan ini serta rancangan beliau untuk masa depan tidak dinyatakan dalam dokumen itu.

Kalau korang minat GTA V dan Red Dead Redemption 2, ketahuilah bahawa Dan merupakan salah seorang penulis utama kedua-dua game tersebut. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Bully dan L.A. Noire.

Sumber: The Verge

RELATED NEWS

+