Perhatian PC Gamers! Anda Boleh Bantu Lawan COVID-19

Pandemik COVID-19 telah melanda Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan agar penyebaran penyakit tersebut dapat dikurangkan. Situasi di negara-negara lain seperti Itali dan Jerman juga telah mencapai tahap yang kritikal.

Kumpulan PC Master Race di Reddit kini menjalankan sebuah inisiatif untuk membantu usaha mencari penawar COVID-19. Melalui aplikasi Folding@Home, golongan PC gamer boleh menggunakan pemproses (CPU) dan kad grafik (GPU) mereka untuk menyertai usaha ini.

Secara ringkasnya, kuasa pemproses yang terdapat pada CPU dan GPU komputer milik anda akan digunakan untuk menjalankan simulasi uji kaji di atas virus yang menyebabkan penghasilan COVID-19.

Syarikat pengeluar kad grafik Nvidia juga menyokong usaha ini dan menggesa PC gamers sedunia untuk menyumbangkan kuasa PC mereka bagi membantu usaha ini.

Anda tidak perlu mempunyai sebuah PC berkuasa tinggi yang berharga ribuan ringgit untuk menyertai usaha murni ini. Cuma mereka yang mempunyai komputer berspesifikasi tinggi boleh membantu dengan lebih efisien.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai projek Folding@Home:

1. Muat turun aplikasi Folding@Home.

2. Install aplikasi tersebut di komputer anda.

3. Anda boleh tetapkan nama pengguna (username) anda tetapi tidak perlu dan boleh sahaja menyertai secara anonymous.

4. Masukkan nombor pasukan PC Master Race iaitu 225605 di ruangan Team. Passkey tidak wajib dimasukkan.

5. Untuk tetapan “I support research fighting”, pilih “any disease” dan sistem tersebut akan membuat pilihan secara automatik.

6. Pilih sama anda ingin menetapkan penggunaan tahap rendah, sederhana, atau tinggi untuk CPU dan GPU anda. Anda boleh hentikan aplikasi ini apabila ingin bermain permainan video.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman PCMR Folding@Home.

Anda boleh membiarkan aplikasi ini berjalan di background pada tetapan rendah dan ia akan terus menyumbang terhadap projek tersebut tanpa menggangu kerja lain.

Jika anda mempunyai sebuah komputer berkuasa tinggi, ini merupakan peluang yang baik untuk anda membantu pihak yang sedang mencari penawar bukan sahaja untuk COVID-19 tetapi banyak lagi penyakit lain seperti barah dan alzheimer.

Sumber: Reddit

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+