Permainan Buatan Indonesia Antara Paling Popular Di Steam Pada Januari 2020

Pada hujung Januari 2020, Toge Productions, studio pembangunan permainan video dari Indonesia, melancarkan Coffee Talk.

Ia sebuah permainan di mana pemain akan membuat kopi dan bercakap dengan pelanggan kafe. Baru-baru ini, Valve mendedahkan bahawa ia telah menjadi salah satu permainan baru paling laris di Steam pada Januari 2020.

Antara permainan lain yang tercatat dalam senarai itu juga ialah Dragon Ball Z: Kakarot, The Walking Dead: Saints & Sinners, dan Temtem.

Ini merupakan sebuah pencapaian yang sangat hebat bagi sebuah studio kecil seperti Toge Productions. Nampaknya Coffee Talk kini menjadi permainan paling popular mereka.

Penulis harap kejayaan ini memberikan inspirasi dan dorongan kepada pembangun permainan video di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara untuk teruskan usaha mereka.

Selain cara permainan yang relaks, Coffee Talk juga mempunyai elemen fantasi. Pemain akan mendapat pelanggan makhluk asing, orcs, succubus, dan banyak lagi.

Coffee Talk kini boleh dibeli untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One. Untuk pemain PC, anda boleh beli permainan ini untuk RM30 di Steam.

Sumber: Kotaku Australia

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+