Permainan VR Vader Immortal akan dilancarkan untuk PS VR

Tidak ada banyak permainan video virtual reality (VR) Star Wars yang telah dihasilkan tetapi masih terdapat judul yang menarik seperti Vader Immortal. Ia telah dilancarkan pada tahun lepas untuk platform VR Oculus Quest.

Sony telah mengumumkan bahawa siri lengkap Vader Immortal akan dilancarkan untuk PlayStation VR (PS VR) tidak lama lagi. Kesemua tiga episod permainan tersebut serta mod Lightsaber Dojos akan dijual secara terkumpul pada kali pertama.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh pelancaran dikongsikan kerana versi PS VR ini masih sedang dibangunkan. Berita dan perkongsian baharu tentang judul ini akan diumumkan oleh Sony pada beberapa bulan akan datang.

Dalam setiap episod Vader Immortal, anda bermain sebagai watak yang berinteraksi dan bertarung dengan Darth Vader. Setiap episod mempunyai jalan cerita berlainan yang menarik.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+