Kejohanan E-Sukan Kampus terbesar di Malaysia iaitu #XPAX KEK akan memulakan siri pertamanya di Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Seri Iskandar, Perak bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Acara yang akan berlangsung pada 8 Mac hingga 10 Mac ini akan mempertandingkan e-sukan yang popular iaitu Mobile Legends, Dota 2 dan PES 2019!
Di zon final ini, lebih 250 pemain dalam kalangan pelajar universiti akan bertanding untuk layak ke grand final pada 26 April hingga 28 April nanti yang mana RM180,000 menanti finalis!
Selain pertandingan ni, apa lagi yang korang boleh enjoy dekat UTP ya? Haaa jom baca..
1. Nabila Razali dan Naim Daniel akan
buat persembahan pada hari Sabtu & Ahad!
Siapa peminat Nabila Razali dan Naim Daniel dekat sini?
Ni la masanya untuk korang usha diorang buat persembahan! Bermula Sabtu, 4 petang (9 Mac) dan Ahad, 6 petang (10 Mac), korang boleh masuk
Chancellor Hall tu untuk saksikan diorang menyanyi atas pentas! Jangan lambat ya!
2. Jom jumpa abam Ikuto dan SparTankeR!
Saksikan gandingan mereka untuk perlawanan
Mobile Legends
Haaa tu dia. Caster yang memang dikenali dalam kejohanan Mobile Legends, Adam “Spartanker” Faiz dan Radzi “Ikuto” Rahman!
Dulu, Adam ada kata dia ingin meninggalkan casting tapi sekarang kembali!
Jom saksikan macam mana mereka mengulas untuk pertandingan XPAX KEK Mobile Legends nanti. Mesti ‘meletup!’
3. Usha 3 perlawanan e-sukan: Mobile Legends,
PES 2019 dan Dota 2!
Pada hari Sabtu dan Ahad nanti, korang boleh usha 3 perlawanan e-sukan yang memang diadakan sekali gus tapi untuk
peminat Mobile Legends dekat luar sana, korang special sikit sebab perlawanan akan ditunjukkan di pentas!
Ni lah masanya untuk korang bersorak dan beri sokongan kepada pasukan-pasukan dari universiti masing-masing (mestila
nak kena bagi sokongan dekat kawan-kawan korang dalam sama universiti kan).
Untuk info tentang siapa yang layak untuk zon final pada Sabtu ini, haaa ni dia senarainya! Cuba check kalau skuad korang
ada ke tak dalam list ni!
Bagi yang tak tahu, kelayakan PES 2019 hanya akan dimainkan di zon final tau!
ZON | NAMA PASUKAN | UNIVERSITI | PERMAINAN |
Utara
|
M4Poli | Politeknik Sultan Azlan Shah |
MOBILE LEGENDS
|
The RandØm | KPTM Ipoh | ||
Kerang Goreng | Universiti Malaysia Perlis | ||
Sc Royale | Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam | ||
Proxy V | Universiti Sains Malaysia | ||
Team IDK | Universiti Pendidikan Sultan Idris | ||
Team Toxic MY | Universiti Utara Malaysia | ||
Wyvern’s Fury | Universiti Teknologi Petronas | ||
Pancai Rage | Politeknik Seberang Perai | ||
Blank E-Sport | Unikl Royal College Medicine Perak | ||
Broken Boyz | Universiti Utara Malaysia | ||
UiTM Sungai Petani | UiTM Sungai Petani | ||
Comics Spirit | UiTM Seri Iskandar | ||
Tun Teja | Universiti Utara Malaysia | ||
T’Cedyuk | Politeknik Bagan Datuk | ||
MTC | Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang |
ZON | NAMA PASUKAN | UNIVERSITI | PERMAINAN |
Utara
|
Team Gyros | University Malaysia Perlis |
DOTA 2
|
Team Haritu | Kolej Profesional MARA Seri Iskandar | ||
Variation Kingdom | University Sains Malaysia | ||
Barai Gaming | KPTM IPOH | ||
Penang Panthers | Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | ||
UTP Rangers | Universiti Teknologi Petronas | ||
MALU APEE BOSKUR | UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS | ||
Team Treason | Universiti Teknologi Petronas | ||
Team Kayoi | Universiti Teknologi Petronas | ||
Kidz Gaming | University Sains Malaysia | ||
Panther Gaming | Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | ||
Unknown.Fear | UiTM Merbok Kedah | ||
Objective Gaming | University Tunku Abdul Rahman | ||
Desolate eSports | Universiti Teknologi Petronas |
4. Menang cabutan bertuah, datang hari Ahad
ada cabutan istimewa dari XPAX!
Tak syok la kalau acara besar tapi tak ada cabutan bertuah kan? Ada banyak hadiah menarik tau untuk korang menang ni!
Ada baju, topi, Cadbury 5 Stars, air botol Mountain Dew dan macam-macam lagi. Kalau korang datang hari Ahad dan stay sampai habis grand finals, lagi la best sebab ada grand lucky draw! Nak tahu apa dia? Haaa jangan lupa datang ramai-ramai ajak kawan korang sekali!
Ada gaming chair dari Todak, keyboard dan tetikus SADES serta Predator backpack boleh dimenangi!
5. Nak tahu pasal e-sukan dan gaming?
Jom dengar talk dari pakar industri!
Sebagai pelajar universiti, mesti ada antara korang yang dah cuba masuk tournament dan sebagainya kan,
tapi nak tahu macam mana karier dalam esports? Korang bolehlah datang hadiri wacana e-sukan ini pada
waktu-waktu di atas. Make sure korang bawak kawan-kawan yang tak biasa dengan e-sukan pun datang ye!
6. Ada foodtruck, makanlah korang puas-puas!
Tahu lah dalam dewan takleh makan kan, so korang tak perlu lah risau sebab dekat luar memang
banyak foodtruck korang boleh cuba! Lagipun, ada zon yang korang boleh tengok match sambil
lepak makan dengan member-member!
7. Nak sihat? Ada zumba/fitness dance
korang boleh try!
Jangan lupa join sesi Zumba bersama Hanif Shawn! Kalau nak jadi cergas dan sentiasa sihat, inilah masanya korang cuba!
Zumba ni bukan untuk yang dah berusia je tau! Student pun boleh join! Mana tau lepasni korang boleh minat untuk masuk
fitness dance lain ke kan?
Haa untuk penyertaan, korang juga akan dapat cenderahati percuma! Apa dia? kena lah join kalau nak tahu!
8. Main game percuma, ada Mak Cun’s Adventure,
Nightstream, Ejen Ali, PS4, VR dan macam-macam lagi!
Jangan lupa tau datang setiap booth yang ada nanti. Bukan untuk korang belajar tentang e-sukan dan gaming je tapi ada jugak zon lepak-lepak di booth Kitamen
untuk korang main game! Jom ramai-ramai serbu!
Selalu kalah dalam Mario Cart? Nak cuba main Beat Saber yang famous gila tu? Haaa inilah masanya!
Jadi apa tunggu lagi? Jom lah serbu ramai-ramai ke Zon Final XPAX KEK di UTP, Perak ini! Bawa sekali kawan-kawan korang okay?
Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UTP di atas kerjasama ini!