Persisian Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition tiba di Malaysia
2020-10-15T03:55:23
By: Burhanudin Zamri

Persisian Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition tiba di Malaysia

 

Razer sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Pokémon untuk mengeluarkan tiga produk edisi terhad bertemakan Pikachu. Kini mereka telah mengumumkan bahawa produk-produk tersebut akan dilancarkan di Malaysia bermula esok.

Tiga persisian yang dikeluarkan dari barisan produk Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition adalah Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition, Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition, dan  Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle.

Berikut adalah senarai harga untuk setiap produk di atas:

Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited EditionRM699

Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited EditionRM459

Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition BundleRM249

Produk yang paling menarik ialah fon telinga nirwayar Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition kerana ia bukan sahaja dicorakkan dengan warna hitam dan kuning serta logo Pikachu yang comel, tetapi juga datang bersama bekas berbentuk Pokeball.

Papan kekunci Razer|Pokémon Ornata Pikachu Limited Edition pula merupakan sebuah papan kekunci mecha-membrane yang datang bersama sebuah wrist rest bercorak Pikachu. Butang “escape” menampilkan sebauh Pokeball dan butang-butang anak panah menampilkan ekor Pikachu.

Walaupun ia merupakan produk paling murah dalam koleksi ini, Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle tetap merupakan sebuah produk menarik kerana pembeli akan menerima sebuah tetikus dan juga pelapik tetikus yang sangat comel.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas dan untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh melayari laman web rasmi Razer.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5
2 days ago
Yoodo pertimbangkan add-on data League of Legends: Wild Rift jika ada permintaan
2 days ago
Komputer riba Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17 diumumkan untuk pasaran Malaysia
2 days ago
[Review] Hades – sekali main, takkan berhenti!
3 days ago
PlayStation melantik Travis Scott sebagai Rakan Kreatif Strategik
3 days ago
Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition diumumkan