Persona 5 Kini Mencatatkan Angka Jualan Sebanyak 2 Juta Unit!

Persona 5 sudah terjual sebanyak 2 juta unit di seluruh dunia menerusi PlayStation4 dan PlayStation 3!

Atlus mengumumkan kejayaan itu di Twitter.

“Ini merupakan tahun paling bermakna untuk syarikat kami dalam usaha mengembangkan pasaran permainan video Jepun ke barat. Angka jualan ini menunjukkan jangkaan peminat sangat tinggi untuk genre seumpama ini. Kalau dulunya dipandang sebagai niche, Persona 5 kini menunjukkan sebaliknya apabila sambutan hangat diterima untuk kategori ini dan semakin berkembang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Atlus USA, Naoto Hiraoka.

Kejayaan Persona 5 membawa kepada keseluruhan jualan untuk francais Persona kepada 8.9 juta unit, meningkat daripada 8.5 juta pada akhir Oktober.

Persona 5 adalah sebuah permainan Role Playing Game (RPG) yang memfokuskan pengembaraan sekumpulan pelajar sekolah yang memperoleh kuasa untuk mengubah hati insan yang bergelumang dengan kejahatan dan korupsi dengan penyamaran sebagai Phantom Thieves of Hearts.

RELATED NEWS

+