Pertandingan AOV Ini Dianjurkan Untuk Mencari Bakat Pemain Baru Di 3 Negara

Pertandingan Arena of Valor ini adalah untuk memanggil kesemua peminat permainan mudah alih ini menyertai acara yang melibatkan komuniti AOV sendiri.

Ia dianjurkan oleh Valiant eSports Association (VEA) antara lainnya bagi mencari pemain yang tiada platform untuk gilapkan bakat mereka di rantau MSP (Malaysia, Singapura dan Filipina). Selain itu, pertandingan ini akan mendedahkan mereka pada arena kompetitif.

Musim pertama ini diadakan menerusi dua jenis kelayakan bagi mencari pasukan terbaik. Malah, setiap perlawanan akan ditayangkan secara langsung dan akan diulaskan oleh Lychee Kang, Luchill, Aidan Tan, Yumiko, Huskkie dan ramai lagi.

Pusingan kelayakan pertama sudah pun bermula semalam (22 Januari) hingga 21 Februari.

Kelayakan kedua pula akan bermula pada 26 Februari hingga 28 Mac ini. 

Setiap kelayakan akan mempunyai 16 pasukan (12 dari Malaysia, 2 dari Singapura dan 2 dari Filipina). Yang 8 terbaik saja akan layak ke pusingan final diumumkan kemudian.

Memandangkan pendaftaran sudah pun ditutup, korang boleh saksikan kesemua pasukan ini berentap di Facebook Valiant Esports Association 

Nantikan pendaftaran untuk kelayakan kedua yang akan diumumkan di page mereka nanti.

RELATED NEWS

+