Pesta Game 2021 – Jom main game bersama Youtuber terkenal!
2021-01-18T05:33:24
By: Burhanudin Zamri

Pesta Game 2021 – Jom main game bersama Youtuber terkenal!

 

REV Media Group dengan kerjasama YouTube Malaysia akan menganjurkan acara virtual Pesta Game 2021 – Hari Sukan Maya Pertama di Malaysia! Acara ini dikuasakan oleh Samsung A51|A71 dan di-leveled up oleh KFC Malaysia.

Dalam acara ini, beberapa YouTuber terkenal dijemput untuk bermain permainan video. Para penonton boleh menyertai permainan tertentu dan juga berpeluang memenangi baucar KFC.

Pesta Game 2021 akan berlangsung dari 30 hingga 31 Januari ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga 7 petang. Ia menggunakan konsep Hari Sukan di mana setiap YouTuber mengetuai rumah sukan masing-masing.

Berikut adalah senarai YouTuber terkenal yang akan bermain permainan video di Pesta Game 2021:

Permainan-permainan yang akan dimain di Pesta Game 2021 pula adalah:

  • VALORANT
  • PUBG Mobile
  • FIFA 21
  • Gran Turismo Sport
  • Keep Talking and Nobody Explodes
  • Taiko no Tatsujin
  • 3D Pinball Space Cadet
  • Clicks Per Minute

Para penonton boleh menyertai perlawanan PUBG Mobile untuk membantu YouTuber kegemaran mereka mencapai kemenangan. Selain itu, penonton juga berpeluang memenangi baucar KFC melalui giveaway yang akan diadakan sepanjang hari.

Acara ini akan disiarkan secara langsung oleh MyGameOn, IGN SEA, TV3 Malaysia, Drama Sangat, NTV7, dan TV9. Setiap YouTuber yang disenaraikan di atas juga akan menyiarkan acara ini di laman YouTube masing-masing.

Cara penyertaan dan maklumat lanjut tentang Pesta Game 2021 akan diumumkan pada masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini tentang Pesta Game 2021, ikuti MyGameOn di Facebook, Instagram, dan Twitter.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG