Peta baharu, Karakin kini hadir ke PUBG Mobile

Peta terbaharu PUBG Mobile, Karakin kini boleh dimainkan.

Karakin meletakkan 64 pemain yang mana mereka akan berentap di kawasan pergunungan, kota dan ruang bawah tanah. Anda boleh menyaksikan lebih lanjut bagaimana peta ini mempunyai ciri-ciri baru.

Ia kelihatan lebih kurang seperti Miramar dengan tema padang pasir. Selain itu, zon baru diperkenalkan iaitu Demolition Zone.

Di sini zon pertama, akan ada letupan selepas siren pertama dibunyikan. Selain itu, bangunan akan dihancurkan, ini bermakna jika pemain menyorok dalam bangunan, mereka akan musnah bersama-sama bangunan tersebut.

Karakin juga mempunyai skala 2×2 bermakna ia kecil dan hanya sebesar separuh Sanhok.

RELATED NEWS

+