Peta Dust 2 Counter Strike Akan Hadir Ke Fortnite

Terdapat satu pasukan yang mencipta kembali peta Dust 2 Counter Strike tapi kali ini dalam game Fortnite! 

Team Evolve yang terdiri daripada beberapa pemain yang mencipta peta-peta menggunakan mod Creative dari Fortnite. Memang nampak serupa!

Sebelum ini, Evolve pernah bekerjasama dengan Samsung, Nickelodeon dan Komiti Antarabangsa, Red Cross. Kebiasaannya peta Fortnite dan mod permainan yang ditaja adalah sangat menguntungkan.

Dust 2 akan hadir ke Fortnite menerusi ciri Battle Lab. Diperkenalkan pada Disember, Battle Lab membolehkan pemain memasukkan peta dibuat sendiri dalam mod Battle Royale itu. 

Bagi peta ini, anda boleh bermain sehingga 15 rakan atau mencarinya menerusi pencarian perlawanan umum.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+