PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony

PlayStation 5 tidak dinafikan lagi menjadi konsol yang dinanti-nantikan oleh ramai gamers di seluruh dunia. Mungkin kerana pandemik dan juga hype PS5 itu sendiri yang menyebabkan konsol ini mencatatkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation.

Dalam satu ciapan di akaun rasmi, Sony berterima kasih kepada gamers yang merealisasikan impian ini.

Katanya, permintaan untuk PlayStation 5 adalah di luar jangkaan dan mereka menjanjikan stok mencukupi supaya konsol generasi baharu ini akan tiba kepada pengguna sebelum hujung tahun.

Di Malaysia, PS5 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember ini.

Sumber rujukan: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+