PlayStation Akan Melancarkan Produk Figura Totaku – Boleh Dibeli Menerusi GameStop

PlayStation akan melancarkan produk komersial yang terdiri daripada figura karakter dan francais yang terkenal dan eksklusif untuk konsol itu.

Dibuat oleh ThinkGeek (syarikat GameStop), mereka akan menampilkan tujuh figura, setiap satunya berukuran 10 sentimeter (ketinggian 4 inci). Ia dipanggil Totaku Collection dan merangkumi pemburu Bloodborne, Crash Bandicoot, Parappa the Rapper, Kratos dari God of War, kapal perang the Feisar FX350 dari Wipeout, Sackboy dari LittleBigPlanet dan Heihachi dari siri Tekken.

Kesemua figura berharga AS$9.99 (RM40). Bagaimanapun, ia bukan seperti Nintendo amiibo dan tidak mempunyai sebarang fungsi atau interaksi. Ia hanya untuk collectors saja.

Ia akan dilancarkan pada 23 Mac 2018 dan boleh dibeli melalui GameStop. Masih menjadi tanda tanya jika ia akan hadir di pasaran Malaysia.

RELATED NEWS

+