PlayStation Plus: Dapatkan Borderlands: The Handsome Collection & Sonic Mania Secara Percuma Untuk Jun 2019

Kita sudah menuju ke 10 hari terakhir untuk bulan Ramadan dan bakal meraihkan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi!

PlayStation Plus memberikan beberapa game percuma khas kepada pelanggan pada setiap bulan. Jom kita lihat senarai game percuma bakal dimuat turun pada 5 Jun sehingga 2 Julai.

  • Borderlands: The Handsome Collection (PS4) – dua game role-playing game (RPG) looter shooter dalam satu koleksi: Borderlands 2 & Borderlands: The Pre-Sequel

  • Sonic Mania (PS4) – game platform side-scrolling yang menggabungkan pelbagai level klasik daripada game Sonic the Hedgehog dari Sega Genesis

Terdapat juga dua tema PS4 percuma khas untuk PlayStation Plus iaitu Umbrella Theme dan Exclusive Toro May & Jun.

Bagi mereka belum lagi dapatkan game percuma bulan lepas, korang boleh rujuk senarai game percuma PS Plus untuk bulan Mei dan pastikan korang muat turun sebelum tiba 4 Jun 2019!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: PS Asia

RELATED NEWS

+