PlayStation Plus: Dapatkan Call of Duty: Modern Warfare Remastered Secara Percuma Untuk Mac 2019

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja bulan Februari pun telah berlalu.

Sony mengemaskini game percuma yang bakal diterima oleh pelanggan PlayStation Plus. Jom kita tengok game yang korang bakal boleh muat turun bermula pada 7 Mac sehingga 3 April.

  • Call of Duty: Modern Warfare Remastered (PS4)
  • Action Henk (PS4)
  • Shake That Controller (PS4)

Untuk pengetahuan korang, dukacita dimaklumkan PlayStation tidak akan menawarkan game PS3 dan PS Vita percuma bagi langganan PlayStation Plus pada 3 Mac 2019. Namun, korang masih lagi boleh main game PS3 dan PS Vita percuma yang telah ditebus dan disimpankan dalam library.

Senarai game percuma PlayStation Plus pada bulan lepas agak meriah dengan Hitman dan For Honor. Pastikan korang download game percuma untuk bulan Februari sebelum tiba 6 Mac!

Sumber: PlayStation Asia

RELATED NEWS

+