PlayStation Store baharu akan dilancarkan pada penghujung bulan Oktober

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah menghantar emel kepada semua pengguna PlayStation Network untuk kongsi berita tentang pelancaran PlayStation Store baharu. Ia akan dilancarkan di pelayar internet PC 21 Oktober hingga 26 Oktober ini. Versi peranti mudah alih pula akan dilancarkan pada 28 Oktober.

Perubahan utama dalam PlayStation Store baharu ialah ia tidak lagi akan menyokong penjualan permainan PlayStation 3 (PS3), PSP, PS Vita dan kandungan-kandungan tambahan untuk kesemuanya. Penjualan aplikas-aplikasi, tema, dan avatar PlayStation 4 (PS4). Fungsi Wishlist juga akan ditamatkan.

Kesemua kandungan di atas masih boleh dibeli melalui aplikasi PlayStation Store di konsol-konsol yang berkaitan. Contohnya, permainan PS Vita hanya boleh dibeli melalui PlayStation Store di PS Vita.

Nampaknya ini semua dilakukan sebagai persediaan untuk versi PlayStation Store baharu yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5 (PS5). Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+