PlayStation Tawarkan Dua Permainan PS4 Percuma Melalui Play At Home Initiative

Situasi pandemik COVID-19 masih belum mula pulih di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat. Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia juga masih dikuatkuasakan. Untuk membantu usaha melawan penyebaran COVID-19, Sony memulakan Play At Home Initiative.

Terdapat dua bahagian dalam inisiatif ini dan salah satunya ialah menawarkan permainan video percuma untuk pengguna PlayStation 4 (PS4). Bermula pada 16 April sehingga 5 Mei 2020, setiap pengguna PS4 boleh muat turun dan main Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey secara percuma.

Tawaran ini terbuka kepada semua pengguna PS4, bukan pelanggan PlayStation Plus sahaja. Apabila anda menebus kedua-dua judul ini, anda akan terus memiliki kedua-duanya dan tetap boleh main selepas 5 Mei 2020.

Bahagian kedua Stay At Home Initiative ialah menubuhkan dana khas untuk membantu studio pembangunan permainan video berskala kecil untuk membantu mereka menangani masalah kewangan agar terus mampu membangunkan judul-judul yang menarik.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+