PMCO: Bigetron RA Juara Dunia, Bawa Pulang RM855,000
2019-12-01T13:35:35
By: Hazril Md Nor

PMCO: Bigetron RA Juara Dunia, Bawa Pulang RM855,000

 

Selepas menghadapi pusingan sengit selama 3 hari di peringkat dunia, akhirnya pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) dari Indonesia, Bigetron RA dinobatkan sebagai juara PMCO Global Finals yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Mereka membawa pulang wang tunai keseluruhan RM855,000 yang dibahagikan kepada:

Tempat pertama: AS$180,000 (RM751,000)

5 Winner Winner Chicken Dinner: AS$25,000 (RM104,00) 

Pasukan Indonesia ini mengumpul mata akhir sebanyak 303 mata dalam 16 peta yang dimainkan. Di tempat kedua adalah skuad Top Esports (AS$105,000) dan Mega.Conqueror dari Thailand di tempat ketiga (AS$55,000).

Wakil Malaysia, Yoodo Gank di tempat kesebelas dengan AS$4,000 (RM16,000).

BTR RA menerima khidmat jurulatih dari kapten AROV Esports, Khairunazri Masli atau Boyka sepanjang Prelims dan Global Finals ini.

Sebelum ini, Top Esports dari China muncul juara untuk Musim Bunga Final Global.

(Foto: PUBG Mobile)

TAGS

BERITA BERKAITAN

5 days ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Akur Gangsa
6 days ago
PUBG: The Face Gaming Sasar Tempat Pertama Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League
1 week ago
DOTA2: Nigma Mara Ke WePlay! Bukovel Minor
1 week ago
Sukan SEA 2019: Malaysia Tinggal Selangkah Lagi Rangkul Emas Pertama
1 week ago
PUBG: Ini Adalah Senarai Pasukan Ke Peringkat Nasional Asia Pacific Predator League 2020
1 week ago
Sukan SEA 2019: Laluan Sukar Harimau Malaya Hari Ini, Bakal Bertembung Indonesia Di Upper Bracket Mobile Legends