PMCO: Chicken Dinner Pertama Milik Malaysia

Skuad PUBG Mobile negara, Yoodo Gank dan Junior Talent akhirnya berjaya menamatkan kemarau ketiadaan Chicken Dinner (kedudukan pertama pada setiap perlawanan) selepas hari keempat liga PMCO Musim Bunga yang berlangsung sejak Rabu baru-baru ini di Shanghai, China. Tahniah!

Gank mendapat Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada perlawanan kelima manakala Junior Talent pula pada game penutup hari ini. Dengan pencapaian itu, Yoodo Gank berjaya meraih tempat ketiga dengan skor keseluruhan 86 mata pada hari ini dan Junior Talent di tempat kesembilan dengan skor 65 mata. Lihat gambar di bawah.

Sementara itu, tiga lagi skuad Harimau Malaya iaitu Secret, AROV dan VIP Squad masing masing berada di kedudukan ke-18, ke-19 dan ke-22 dengan mata terkumpul 38, 35 dan 21.

 

Total Ranking

Mengikut rekod keseluruhan mata bagi minggu pertama PMCO setakat ini, Gank naik ke tangga kesebelas dengan skor keseluruhan 158 mata di belakang pasukan Thailand, Goldencat. 

Skuad Junior Talent pula naik ke tangga ke-17 dengan skor keseluruhan 125 mata sama seperti FFQ dari Vietnam. Bagi AROV, VIP Squad dan Secret, mereka masing-masing di kedudukan ke-20, ke-21 dan ke-23.

Esok mereka akan bertanding lagi untuk siri penutup bagi musim liga minggu pertama ini.

Liga berlangsung selama lima minggu ini menyediakan hadiah wang tunai terkumpul RM107,980.

Artikel berkaitan: 4 info penting tentang PMCO korang perlu tahu

RELATED NEWS

+