PMCO: Senarai Kesemua Pemenang

Dalam kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) Club Open Final Global yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak Jumaat, menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$500,000 (RM2.8 juta).

Ia baru saja berakhir tadi apabila pasukan profesional Indonesia, Bigetron RA muncul juara dunia dengan kemenangan RM855,000 termasuk 5 Winner Winner Chicken Dinner (RM104,000).

Pasukan yang meraih setiap WWCD akan menerima sebanyak AS$5,000 (RM28,000).

Ini adalah senarai penuh dari tempat kedua hingga keenambelas yang memenangi hadiah wang tunai berikut (unit matawang ditukar terus ke Ringgit Malaysia):

Juara: Bigetron RA (RM855,000) – Indonesia

Naib juara: TOP Esports (RM438,000) – China

Tempat ketiga: Mega.Conqueror (RM229,000) – Thailand

Tempat keempat: Illuminate The Murder (RM158,000) – Thailand

Tempat kelima: Entity Gaming (RM50,000) – India

Tempat keenam: Team Queso (RM54,000) – Sepanyol

Tempat ketujuh: RRQ Athena (RM33,000) – Thailand

Tempat kelapan: Orange.Esports.CG (RM41,000) – Kemboja

Tempat kesembilan: Team Unique (RM20,000) – Russia

Tempat kesepuluh: Cloud 9 (RM16,000) – Amerika Utara

Tempat kesebelas: Yoodo Gank (RM16,000) – Malaysia

Tempat keduabelas: Team SouL (RM33,000) – India

Tempat ketigabelas: UNIcornGaming (RM12,500) – Taiwan

Tempat keempatbelas: ARG Wistaria (RM8,000) – Jepun

Tempat kelimabelas: EGC KR Black (RM8,000) – Korea

Tempat keenambelas: Kurdistan Esports (RM8,000) – Iraq

(Sumber: PUBG Mobile, Foto: Kincir.com)

RELATED NEWS

+