PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali

Peta kedua Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC), Vikendi menyaksikan pertarungan sengit. 5 minit berlangsung, pasukan Team Secret Jin sudah diratakan.

Kebanyakaan pasukan bermain agresif, banyak pembunuhan di dalam peta pada awal permainan.

Pasukan Nova E-sports bertemu dengan pasukan Team Secret pada minit ke-12. Order telah dibunuh oleh Rexx dengan bantuan ishotz.

Uhigh mempamerkan aksi yang hebat dengan membunuh coolboyyy dari pasukan Nova E-Sports.

Akan tetapi pada minit ke 27, malangnya buat pasukan Team Secret apabila pasukan Konina Power telah meratakan mereka.

Pasukan Konina Power berlawan dengan pasukan Blue Bees setelah memberikan asakan pada pasukan BTR.

Akhirnya, pasukan Konina Power dari Jepun mendapat WWCD setelah berjaya meratakan pasukan Blue Bees.

Peta ke-4 Sanhok menyaksikan 16 pasukan berperang antara satu sama lain untuk merebut mata pertandingan.

Pasukan Team Secret tidak bernasib baik apabila kenderaan dipandu ishotz telah terbalik dan beliau telah terkorban.

Selepas kehilangan seorang ahli, pasukan Team Secret lagi kecundang setelah posisi mereka diketahui oleh pasukan Futbolis, Uhigh yang ingin revive madtoi tidak berjaya dan ditembak mati di saat akhir ditembak mati walaupun telah menyorok di belakang pagar.

Pasukan BTR memberi saingan sengit bertarung dengan pasukan Konina Power dan Aerowolf di bulatan terakhir. 

Kedua-dua pasukan tersebut terlalu sibuk bertarung antara satu sama lain.

Setelah selesai pertarungan, pasukan Konina Power tidak sempat untuk membuat persiapan bagi perlawanan seterusnya.

Pasukan BTR menggunakan peluang itu untuk meratakan pasukan Konina Power dari jarak jauh.

Mereka berjaya WWCD dan mengumpul mata sebanyak 29 mata di peta Sanhok ini.

Pasukan Loops E-Sports membuka tirai perlawanan di peta kelima dengan memaksa pasukan RRQ untuk berperang. Mereka berjaya membunuh seorang ahli pasukan RRQ iaitu D2E.

Pasukan Team Secret tidak bernasib baik pada minit 16 disebabkan bulatan yang berada jauh di kedudukan mereka. 

Mereka kemudiannya membuat rotasi akan tetapi telah dibunuh oleh pasukan Aerowolf. 

Pasukan BTR berdepan dengan pertarungan sengit apabila cuba memasuki pertarungan di antara pasukan Futbolis, RRQ dan juga 4AM. 

Pasukan KDA dan juga pasukan BTR bertarung 4 lawan 4 di bulatan terakhir. Bulatan terakhir berpihak pada pasukan KDA.

Akan tetapi, pasukan BTR bijak mengatur strategi dengan flanking dari tempat tinggi untuk mendapatkan kelebihan di dalam pertarungan. Bom tangan dari Ryzen berjaya menghapuskan pasukan KDA secara langsung.

Pasukan BTR berjaya sekali lagi mendapatkan WWCD untuk peta terakhir hari ini. Mereka sangat konsisten dengan mata terkumpul sebanyak 26 mata di peta ini.

Mereka kini mengumpul 114 mata dan mempunyai baki lima perlawanan lagi esok.

RELATED NEWS

+