PMGC: Team Secret bakal menghadapi persaingan hebat di kumpulan C

Pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, Team Secret yang telah memperoleh slot terakhir di kejohanan dunia, PMGC akan berentap bersama 7 pasukan yang lain.

Pasukan RRQ Athena dan juga Bigetron Red Aliens (juara dunia) yang merupakan kuasa besar di Asia Tenggara juga akan bertarung di group C.

Team Secret bakal menghadapi saingan hebat dari kedua-dua pasukan ini. Kedua-duanya merupakan pasukan yang sangat konsisten di dalam setiap acara dipertandingkan.

Corak permainan dan aturan strategi mereka memang tidak dapat dijangka terutamanya pasukan Bigetron Red Aliens yang sering memberikan cabaran kepada pasukan Team Secret.

Manakala gergasi dari Eropah, pasukan Natus Vincere juga perlu diberi perhatian oleh kerana pasukan Team Secret tidak biasa dengan corak permainan mereka.

Pasukan Natus Vincere mungkin akan melakukan kejutan dan memberikan saingan yang tidak dapat dijangkakan di peringkat kumpulan.

Di samping itu juga, pasukan dari Turkey, Futbolist merupakan pesaing yang kuat. Mereka telah memenangi kejohanan PUBG Mobile World League 2020 Season 0: West pada bulan Ogos lalu.

Ini sedikit sebanyak memberikan tekanan pada pasukan tanah air untuk menghadapi cabaran di peringkat kumpulan ini.

Adakah pasukan Team Secret mampu untuk menghadapi cabaran ini? Kita saksikan kemuncaknya bermula 24 November ini, jangan ketinggalan! Bulatkan kalendar anda untuk menyaksikan pertarungan yang sengit ini.

PMGC menyaksikan 24 pasukan dari pelbagai negara bertarung untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak $2,000,000 (RM8.26 juta).

Pembahagian wang hadiah adalah seperti berikut:

  • Peringkat liga sebanyak AS$769,000 (RM3,179,046)
  • Peringkat akhir liga sebanyak AS$1,231,000 (RM5,088,954).

RELATED NEWS

+