PMGC: Team Secret di kedudukan keenam setakat hari ketiga

Setelah berhempas pulas di hari kedua kejohanan dunia PUBG Mobile, pasukan Team Secret berjaya mendapatkan tempat kedua di kedudukan keseluruhan dengan 129 mata.

Mereka berjaya mencapai kedudukan itu dengan memperolehi WWCD setelah meratakan pasukan BTR yang memberikan asakan di perlawanan terakhir di peta Erangel.

Namun momentum itu tidak dapat dikekalkan di hari ketiga setelah banyak pasukan yang lain seperti Zeus Esports, Nova Esports, Navi dan juga 4AM yang terus cemerlang. Semakin jauh jurang mata yang ditunjukkan oleh 3 pasukan teratas tersebut.

Bagi menebus perbezaan mata di hari ketiga, pasukan Team Secret harus chicken 2-3 kali pada hari terakhir malam ini. Di harap mereka mempunyai strategi untuk persiapan menghadapi 8 perlawanan tersebut. 

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+