PMGC: Team Secret hampir WWCD di peta keempat Erangel

Kejohanan dunia PUBG Mobile telah mula bersiaran bermula hari ini. 16 pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara serta hadiah lumayan bernilai $700,000 (RM2,82 juta).

Perlawanan pembukaan menyaksikan pasukan 4am menjadi pembuka tirai dengan mendapat WWCD di peta pertama Erangel, tidak lama kemudian pasukan Abrupt Slayers mendapat WWCD di peta kedua Miramar. Pada peta yang ketiga Vikendi pula kita dapat saksikan pasukan KDA mendapat WWCD.

Pasukan Team Secret hampir chicken di peta yang ke-4 Erangel, pada awal minit ke-15 mereka telah berjaya meratakan pasukan Abrupt Slayers dengan positioning dan teknik rushing dari Uhigh yang tidak dijangka oleh pihak musuh. Mereka berjaya mendapatkan 2 kill.

Kemudian pada minit yang ke-17, mereka cuba memaksa pasukan Nova Esport untuk bertarung. Pertarungan 3 lawan 2 tersebut menyaksikan Paraboyyy dan juga Order memberikan tekanan kepada pasukan tanah air, Rexx telah dijatuhkan namun berjaya diselamatkan oleh Uhigh.

Setelah menyedari pertarungan tersebut hanya akan mendatangkan kerugian pada pasukan mereka, Nova Esport cuba untuk bergerak ke arah bulatan namun Paraboyyy telah ditembak jatuh oleh Uhigh. Pasukan Nova Esport cuba melarikan diri namun tidak berjaya dan telah diratakan oleh pasukan Team Secret dengan bantuan dari pasukan Zeus Esport.

Selepas itu, pasukan Team Secret telah bertarung dengan pasukan 4am dan juga Navi. Posisi Uhigh dan tembakan yang tepat berjaya meratakan pasukan 4am. Akan tetapi Oldboy berjaya melepaskan bom tangan ke atas Rexx dan menyebabkan pasukan Team Secret tinggal dua ahli.

Oldboy kemudiannya berjaya clutch dengan menembak Uhigh serta membunuh Madtoi bagi mendapatkan WWCD di peta ke-4 itu.

RELATED NEWS

+