PMGC: Tiga pemain positif COVID-19, pemain akan bermain secara berasingan
2021-01-21T02:45:10
By: Hazril Md Nor

PMGC: Tiga pemain positif COVID-19, pemain akan bermain secara berasingan

 

Selepas tiga pemain diuji positif untuk COVID-19, nampaknya kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) Finals terpaksa melaksanakan pelan kontingensi mereka iaitu mengasingkan pemain di tempat khusus dan bukannya berkumpul di tempat awam.

“Mereka (tiga pemain) kekal sihat dan tak menunjukkan sebarang simptom buat masa ini.

“Sekarang mereka berada di bawah kuarantin kendiri, sama juga dengan kontak rapat dan kami sedang lakukan ujian berkala.

“Pasukan kami sedia hulur semua bantuan diperlukan termasuk bantuan perubatan. Pihak kami juga bersedia bantu mereka untuk pulih sepenuhnya,” kata PUBG Mobile Esports dalam satu kenyataan pagi tadi.

Kejohanan bagaimanapun akan diteruskan seperti biasa, dijangka bermula jam 7 malam ini. 

Bagaimanapun, pemain pastinya mengalami cabaran untuk bermain secara terasing bermula hari ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: Persiapan EVOS Legends masih belum 100%, tunggu Zeys
1 day ago
Mobile Legends: Liam (RRQ Hoshi) kini fokus pada livestreaming
2 days ago
Invoker dan Luna akan muncul dalam DOTA: Dragon’s Blood
2 days ago
Permainan buatan Malaysia Eximius: Seize the Frontline akan tiba pada 16 Mac 2021
3 days ago
Absolute Drift dan Rage 2 kini percuma di Epic Games Store
3 days ago
Skin Ryu dan Chun-Li diperkenalkan dalam Fortnite