PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
2021-04-11T05:14:47
By: Editorial team

PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat

 

16 pasukan yang bertanding untuk peringkat super weekend terakhir ini masing-masing mempamerkan permainan yang cukup menarik untuk mengumpul mata bagi mendapat gelaran juara.

Gelaran juara ini penting bagi melayakkan diri ke peringkat PMPL: Asia Tenggara kelak di samping mendapatkan wang hadiah yang cukup lumayan.

Selain itu, 15 pasukan yang lain juga berpeluang untuk mendapatkan slot di PMPL: Asia Tenggara juga apabila mereka berjaya mengekalkan kedudukan mereka di top 16 untuk bermain di PMPL: Spring Final yang akan berlangsung pada 23 April nanti.

Dua pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi di dalam PMPL: Spring Final ini akan mendapat slot untuk ke PMPL: Asia Tenggara. Ini menjadikan 3 pasukan yang akan mewakilkan negara ke slot PMPL: Asia Tenggara.

Setakat hari pertama di peringkat super weekend terakhir ini, Dingoz Mpx telah mendahului kesemua pasukan dengan 291 mata. Mereka berjaya mendapatkan 1 WWCD di peta keempat Miramar.

Di samping itu, Team Secret dilihat sangat agresif mengumpul mata di hari pertama ini, mereka berjaya mendapatkan 3 WWCD di peta pertama, kedua dan keenam. Ini menjadikan mereka melonjak 1 anak tangga dengan 288 mata. 

Taugeh Ayam E-sports dan Geek Fam pula mengikut rapat dengan masing-masing mempunyai mata sebanyak 280 dan 269.

Mampukah keempat-empat pasukan ini merebut gelaran juara untuk mendapatkan slot di PMPL: Asia Tenggara? Atau adakah pasukan SMG, AC serta EVOS Vip akan melakukan kejutan dengan mendapatkan kesemua WWCD pada hari ini seterusnya merampas kedudukan yang pertama.

Kita bakal saksikan pada malam ini di kemuncak pertarungan di antara 16 pasukan untuk merebut gelaran juara PMPL musim ketiga. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix