PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret

Pasukan Dingoz MPX hampir meraih slot ke final PMPL  Asia Tenggara selepas meraih 335 mata pada peta kedua terakhir untuk minggu akhir Super Weekend PMPL MYSG musim ketiga ini.

Pada minit awal di peta Miramar, mereka berjaya menyingkirkan pasukan J8 Esports dengan mengepung pemain-pemain mereka. Appy yang mahir membaling bom berjaya knock dua pemain J8 dari arah bawah. Kemudiannya, mereka masuk beramai-ramai dan membunuh satu-satunya ahli yang tinggal.

Pada lima minit pertama, Dingoz sudah mengumpul empat mata bunuh, memberikan kelebihan kepada mereka.

Namun, dalam pertarungan merebut bulatan, ahli pasukan Dingoz dijatuhkan satu demi satu sekali gus tidak mendapat placing point dan Team Secret juga berjaya mengumpul beberapa mata sebelum dapat tempat keenam.

PMPL MYSG musim ketiga mengumpulkan 20 pasukan bertarung untuk tiga minggu bagi merebut slot terus ke SEA Final.

Format kali ini adalah beradasarkan PMGC iaitu menggunakan Super Weekend yang mana dua hari ini saja akan dikira sebagai perlawanan mengumpul mata.

Hanya satu pasukan dengan skor tertinggi akan mendapat slot terus ke SEA Final tanpa perlu bertanding di Grand Final MYSG.

RELATED NEWS

+