PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final

[KEMASKINI] PUBG Mobile Official belum mengeluarkan apa-apa posting berkaitan kemenangan ini. Kemungkinan ada kes yang masih di bawah siasatan. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa.

Artikel asal

Setakat PMPL yang pernah dipertandingkan sebelum ini, Yoodo Gank dan juga Team Secret merupakan kuasa besar memonopoli pertandingan tersebut. 

Di dalam peta terakhir Erangel, pasukan Team Secret dan Dingoz MPX bermain sangat pasif bagi menjaga mata mereka untuk merebut peluang menjadi juara. Malang sekali buat Dingoz setelah mereka diratakan oleh pasukan Anti Circle, namun begitu Team Secret tetap tidak dapat mengejar mata yang diperolehi oleh Dingoz setelah mereka terkeluar di tempat ketujuh dibunuh oleh pasukan RSG dengan balingan bom.

Oleh itu, PMPL kali ini berpihak kepada Dingoz MPX yang merupakan pasukan yang mengejutkan kita semua di peringkat weekdays dan juga super weekend. Mereka sangat konsisten semenjak kemasukan Ironpro ke dalam pasukan baru-baru ini. 

Sejarah telah dicipta pada malam ini setelah Dingoz MPX berjaya muncul juara PMPL MYSG musim ketiga, selain berjaya mendapatkan hadiah wang yang lumayan. Mereka juga akan bermain untuk final PMPL Asia Tenggara nanti.

Seterusnya Dingoz MPX dan 15 pasukan yang lain akan bermain untuk PMPL Spring Final bagi merebut lagi wang hadiah yang lumayan serta slot untuk bermain di PMPL: Asia Tenggara nanti. Jika Dingoz sekali lagi berjaya mendapatkan no. 1 di dalam PMPL Spring Final, maka slot itu akan diberikan kepada no. 2 dan 3.

RELATED NEWS

+