PMPL: Liga musim kedua akan bermula 18 Ogos ini, 15 pasukan jemputan PUBG Mobile
2020-08-06T09:43:39
By: Hazril Md Nor

PMPL: Liga musim kedua akan bermula 18 Ogos ini, 15 pasukan jemputan PUBG Mobile

 

Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) Musim Kedua akan bermula pada 9 Ogos hingga 27 September ini bagi mencari pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik dari dua negara ini.

Sebanyak 24 pasukan akan merebut hadiah terkumpul RM628,500 dan ini adalah pembahagian pasukan mengikut jemputan terus dan kelayakan.

  • 4 pasukan terbaik dari pusingan kelayakan Singapura akan layak ke peringkat liga.
  • 15 pasukan jemputan daripada PMPL MY/SG musim pertama.
  • 5 pasukan layak dari Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC 2020).

Pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara, Yoodo Gank dan pasukan negara, Team Secret juga mendapat jemputan terus ke liga ini.

Sementara itu, BTR AROV kini digelar sebagai J8 Esports dan mereka juga layak.

Bagi liga kali ini, tiga pasukan terbaik akan mara untuk bertanding dalam perlawanan akhir PMPL SEA Musim Kedua. Mereka berpeluang untuk mewakili rantau Asia Tenggara dan berentap dengan pasukan terbaik seluruh dunia menerusi Liga Dunia.

Anda boleh mendapatkan berita lanjut serta maklumat terkini di http://pmpl2020.com/ dan Facebook.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC
4 days ago
Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!