PMPL SEA Finals musim kedua akan bermula esok, ini yang anda perlu tahu

Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Asia Tenggara akan bermula esok hingga Ahad ini yang mana 16 pasukan di serata rantau ini akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM622,000).

Lebih meriah kali ini apabila artis popular Indonesia, Rich Brian akan menjadi hos dan juga emcee virtual Miss J sementara banyak ganjaran dan cabutan bertuah menanti pemain dan penonton.

Saksikan debaran ini Facebook rasmi PUBG Mobile. Kali ini, empat pasukan teratas akan layak ke Kejohanan Global (PMGC) kelak.

Di PMPL SEA Finals kali ini, terdapat studio realiti maya (VR) yang menggunakan penggambaran VR 720 darjah dan teknologi lain. Ini adalah komitmen PUBG Mobile Esports untuk menyediakan pengalaman lebih menarik bagi penonton yang menyaksikan perlawanan ini.

Selain itu, penonton juga akan dapat menikmati muzim daripada penyanyi rap, Rich Brian sambil menyaksikan perlawanan berlangsung.

Emcee virual, Miss J

Bagi memeriahkan lagi PMPL SEA Finals Musim Kedua, anda berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik seperti Apple Airpods, iPhone SE dan kerusi gaming hanya dengan menyaksikan livestream kejohanan ini. 

Ini adalah senarai 16 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam PMPL SEA Finals Musim Kedua

Malaysia

  • Team Secret Malaysia
  • Team SMG
  • Geek Fam
  • Yoodo Gank

Vietnam

  • BOX Gaming
  • Xavier Team
  • V Gaming

Indonesia

  • Aerowolf Limax
  • Aura Esports
  • Bigetron RA

Thailand

  • Team Secret Thailand
  • RRQ Athena
  • Power888 KPS

Wildcard

  • Iconic PH
  • Yangon Galacticos
  • All-Star Team Puyat

Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada semua pasukan Malaysia yang bertanding.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+