PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain

Pasukan Yoodo Gank yang gagal layak ke Super Weekend 3 nampaknya memberi kesan kepada pemarkahan Super Weekend mereka. Difahamkan, hanya tempat pertama layak mendapat slot terus ke PMPL SEA tanpa perlu melalui pusingan grand final MYSG.

Justeru itu, setakat perlawanan ketiga kali ini, Yoodo Gank jatuh ke tempat kedua dan DrTA naik ke tangga pertama.

Mengikuti rapat di belakang adalah Team Secret, Dingoz MPX dan Geek Fam yang hanya berbeza kurang dari 20 mata.

Pertarungan makin sengit, nantikan kesudahannya pada malam esok.

RELATED NEWS

+