PMPL: Yoodo Gank raih tempat pertama setakat Super Weekend 2

Siapa sangka Yoodo Gank menyimpan senjata rahsia mereka untuk menonjolkan kebolehan sebenar di Super Weekend 1 dan seterusnya. Mereka yang berada di tempat ke-10 pada peringkat perlawanan weekdays pertama menjadi tanda tanya kepada para peminat sama ada mereka masih mempunyai kemampuan untuk menjadi juara setelah Jumper dan Fredo keluar dari pasukan.

Mereka mula meraih mata yang banyak semenjak perlawanan Super Weekend yang pertama, memperolehi 136 mata pada waktu itu. Seterusnya mereka berjaya memperolehi mata sebanyak 114 pada pusingan kedua Super Weekend. Nampaknya ManParang mudah menjadikan pasukan barunya itu serasi dengan corak permainan pasukan, keserasian itu diperoleh dalam tempoh yang singkat.

Manakala DrTa masih konsisten mengekalkan kedudukan kedua di dalam carta. Selain itu, pasukan Dingoz MPX yang kecundang di saat Super Weekend pertama berjaya mendapatkan no. 3 di dalam carta. Mereka sangat cemerlang di Super Weekend kedua dengan 167 mata berbekalkan 2 WWCD dan 5 kali berada di dalam kategori top 5 sepanjang minggu itu.

Pasukan Geek Fam juga mengikut rapat mata Dingoz MPX di belakang sementara pasukan Team Secret berada di kedudukan ke 5 setakat ini.

Siapakah di antara 16 pasukan ini yang mampu menjadi juara untuk melayakkan diri ke PMPL Asia Tenggara nanti? Apa-apa sahaja bakal terjadi pada minggu ke 3 ini. Mampukah Yoodo Gank mengekalkan kedudukan mereka di tempat pertama? Pastinya akan ada banyak cabaran dari pasukan lain yang akan turut bermain dengan full potential mereka saat minggu akhir ini.

RELATED NEWS

+