PMWL: Malaysia Boleh! Team Secret dan Yoodo Gank mara ke Super Weekend terakhir
2020-07-29T15:47:49
By: Hazril Md Nor

PMWL: Malaysia Boleh! Team Secret dan Yoodo Gank mara ke Super Weekend terakhir

 

Dua pasukan PUBG Mobile kebanggaan negara, Yoodo Gank dan Team Secret akhirnya berhasil mara ke Super Weekend terakhir Liga Dunia (PMWL Timur) yang akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

Difahamkan, kedua-dua pasukan berjaya meraih kedudukan selamat (top 16) bagi kelayakan untuk Super Weekend ini selepas berlawan selama dua hari peringkat League Play bermula hari ini dan semalam.

Dalam perlawanan selama dua hari tersebut, Team Secret berjaya raih kedudukan ke-7 dengan 81 mata manakala Yoodo Gank pula nyaris-nyaris selamat di tempat ke-13 dengan 59 mata. Ramai rakyat Malaysia mula menaruh kerisauan pada Yoodo selepas mereka gagal ke Super Weekend 2 minggu lalu (walaupun bermula dengan hatrik dan prestasi cemerlang pada Super Weekend 1).

Dengan kemaraan ini, Yoodo punya peluang cerah menaikkan ranking kembali dan mengejar slot ke final liga dunia. Team Secret pula perlu terus konsisten dan mempertahankan kedudukan mereka sebaik mungkin dalam pertarungan selama tiga hari bermula Jumaat.

Tahniah diucapkan dan semoga berjaya kedua pasukan Malaysia! Akhir kata, Malaysia Boleh!

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Hanya mata dikumpul pada Super Weekend akan dikira sebagai markah dikumpul ke final liga.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Nvidia akan mengadakan GeForce Special Event pada 2 September
2 days ago
Shroud kembali ke Twitch dengan kontrak baharu
2 days ago
Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November
3 days ago
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguhkan ke tahun depan
3 days ago
Team Liquid memperkenalkan skuad VALORANT baru
3 days ago
Jilid pertama novel rasmi Death Stranding akan diterbitkan pada 3 November