PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret layak ke final liga dunia

Selepas bertarung sengit selama tiga minggu, akhirnya dua pasukan negara, Team Secret dan Yoodo Gank layak ke final liga dunia (PMWL Timur) yang dijangka berlangsung pada 6 Ogos hingga 9 Ogos ini, bermakna mereka hanya ada empat hari untuk berlatih sebelum tibanya hari yang penuh debaran.

Pasukan Team Secret berjaya mendapat keseluruhan 4 Winner Winner Chicken Dinner sepanjang tiga minggu Super Weekend (di mana mereka mendapat dua WWCD dalam perlawanan pembukaan dua hari lepas).

Dengan keseluruhan 432 mata dan 181 mata bunuh, Team Secret berjaya raih tempat kelima.

Sementara itu, Yoodo Gank pula di tempat ketiga belas dengan tiga Chicken Dinner (hatrik pada minggu pertama Super Weekend). Mereka mengumpulkan 284 mata dan 100 mata bunuh.

Difahamkan, skor mereka sedikit rendah kerana tidak layak ke Super Weekend kedua.

Bagi pasukan Indonesia, Bigetron Red Aliens pula berjaya memenangi RM211,225 sebagai juara keseluruhan League Play yang berlangsung. 

Pasukan Team Secret membawa pulang RM29,000 di tempat kelima, diikuti RM4,000 oleh Yoodo Gank.

PMWL Timur Final mengumpulkan hadiah wang tunai sebanyak RM1.8 juta.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+