Polis Singapura Lancarkan Kempen Anti Jenayah Bersama The Pokemon Company

Singapore Police Force’s (SPF’s) bekerjasama dengan The Pokemon Company melancarkan kempen anti jenayah. Eh betul ke apa korang baca ni?

Ya, untuk membanteras kes jenayah dan memberikan kesedaran kepada semua, Jurong Police Division akan memulakan kempen itu bermula hari Sabtu lepas (10 Mac) di Jurong Point.

ACP Koh berharap kehadiran karakter Pokemon itu mampu menarik lebih ramai orang awam untuk bersama-sama menyertai kempen ini. Beliau juga tak menolak kemungkinan lebih banyak peluang dan kempen sebegini diadakan pada masa depan.

Kempen itu akan diadakan sampai 18 Mac ini dengan menampilkan maskot Pikachu yang menari dan berjalan-jalan serta beberapa booth game berkenaan. 3 mesej utama ini ingin disampaikan pada orang ramai:

  1. Elak memandu di jalan yang gelap
  2. Jangan membeli barangan cetak rompak
  3. Jangan menggunakan telefon pintar ketika memandu

 

Sumber: The Star

 

RELATED NEWS

+