Project A Adalah Permainan Seakan Gabungan Overwatch Dan CS:GO – Dibangunkan Oleh Riot Games
2019-10-16T07:05:53
By: Hazril Md Nor

Project A Adalah Permainan Seakan Gabungan Overwatch Dan CS:GO – Dibangunkan Oleh Riot Games

 

Nampaknya Riot Games mempunyai pelan yang sangat besar sempena ulang tahun League of Legends yang kesepuluh. Mereka bukan saja umumkan permainan versi mudah alih untuk LOL tapi ada permainan lain yang menarik perhatian juga.

Mereka baru-baru ini mengumumkan “Project A” yang dianggap sebagai permainan tembak menembak yang stail, kompetitif, dan berteraskan karakter untuk platform PC. Satu kelainan yang ditunjukkan ialah langkah Riot yang tidak memasukkan League universe ke dalam permainan ini.

“Permainan ini mengambil tempat di bumi pada masa depan dan mempunyai beberapa karakter dengan kemahiran unik dan taktikal tersendiri,” jelas Riot.

Dari gaya permainan ditonjolkan, Project A menggabungkan elemen seperti Overwatch dan Counter Strike. Tidak banyak didedahkan buat setakat ini. Lebih banyak maklumat mungkin akan diumumkan pada tahun depan.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
1 day ago
5 Sebab Kenapa Soloz Streamer Paling Popular Di Malaysia
1 day ago
Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)
2 days ago
Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama
3 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
3 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam