PS4 Slim RM788 & PS4 Pro RM1,199 Ditawarkan Pada Jualan Ulang Tahun 2020 Lazada

Reka bentuk PlayStation 5 (PS5) masih belum diketahui tetapi ramai orang sudah tidak sabar untuk mencuba konsol tersebut yang dianggarkan untuk tiba pada penghujung tahun ini.

Bagi anda yang masih belum mempunyai PlayStation 4 (PS4) atau ingin menghadiahkan konsol tersebut kepada insan tersayang, jualan Ulang Tahun Lazada TechMall menawarkan potongan harga yang hebat.

Dalam jualan tersebut, konsol PS4 Slim 500GB ditawarkan pada harga RM788. Harga biasa konsol tersebut di TechMall adalah RM999.

Konsol PS4 Pro 1TB pula ditawarkan pada harga RM1,199. Harga biasa PS4 Pro 1TB di TechMall adalah RM1,799.

Bagi anda yang mencari alat kawalan Dualshock 4, jangan risau. Dualshock 4 juga ditawarkan dan akan dijual pada harga RM158.

Jualan ini akan berlangsung pada 27 Mac 2020 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan sebuah konsol PS4 pada harga yang murah.

RELATED NEWS

+