PUBG Berkongsi Roadmap Untuk 2018, Ada 2 Peta Baru!

Bercakap tentang roadmap untuk PUBG Corp, mereka kurang jelas sebelum ini.

Bila populariti dan (cheating) makin berleluasa, ada something perlu dibuat untuk mengekalkan pemain. Tapi selain mengelak jadi game fenomena yang hanya sekejap, BlueHole ada perancangan jangka masa panjang yang cerah kerana mereka akan perkenalkan PETA baru pada tahun ni saja.

Peta pertama itu menggunakan tema tropika 4×4 KM dan menjanjikan gameplay lebih intense dan faster pacesConcept art menunjukkan sebuah pulau yang packed dan dikelilingi air. 

Peta kedua pula tak mempunyai banyak detail tapi ia lebih besar dengan keluasan 8×8 KM. Kalau korang nak tau macam mana gameplay akan diubah, satu sistem baru iaitu bullet penetration (tembakan yang tembus) untuk kereta dan anggota badan.

Ini menunjukkan gameplay nampak lebih realistik (jadi kalau korang tembak pemain, pemain di belakang pun boleh kena). Selain itu, ada kenderaan baru (hmm helikopter mungkin?) dan mod baru yang dirancang untuk tahun ni. Untuk chatting ada sistem emote untuk mudahkan komunikasi.

PUBG juga akan memperbaiki kestabilan game dengan memperkenalkan kaedah anti-cheat  lebih efisien dan server security. BlueHole perlu membuat sesuatu lebih berkesan ke atas cheaters kerana mesti ada lebih ramai yang akan ‘komplen’ kalau peta baru dipenuhi ‘pelesit’ ini.

Sumber: Destructoid

 

RELATED NEWS

+