PUBG Memperkenalkan Mod Team Deathmatch Untuk Konsol Dan PC

Team Deathmatch (TDM) adalah mod permainan yang memang sudah biasa untuk pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile tetapi ia belum hadir untuk PUBG di PC dan konsol.

Perkara itu bakal berubah dengan kehadiran kemas kini 6.2 untuk PUBG.

PUBG Corp, pembangun PUBG, telah mengumumkan bahawa kategori permainan baru iaitu Arcade akan dimasukkan dalam PUBG. Mod permainan pertama yang diperkenalkan dalam Arcade ialah 8v8 TDM.

Tidak sama seperti Team Deathmatch dalam PUBG Mobile, versi ini hanya boleh dimain secara FPP (first person perspective).

Berikut ialah senarai peraturan mod TDM ini:

  • 8 vs. 8
  • FPP sahaja.
  • Pemain boleh memilih Spawn Kit.
    • Spawn Kit ialah set peralatan dan senjata ataupun loadout.
  • Fungsi hidup kembali (respawn) dimasukkan.
    • Setiap pemain akan hidup kembali 5 saat selepas dibunuh.
    • Pemain akan hidup kembali berdekatan dengan ahli pasukan jika mereka berada di tempat yang selamat.
    • Pemain akan hidup kembali dalam keadaan kebal untuk sementara waktu.
  • Down But Not Out (DBNO) dimatikan.
    • Tiada fungsi knockdown. Pemain yang habis nyawa akan mati serta-merta.
  • Friendly Fire dimatikan.
  • Pembunuhan dan bantuan (assists) mengisi meter boost (boost gauge).
    • Meter boost akan menurun dan mengisikan nyawa pemain selepas 5 saat tidak dicederakan.
  • Kalau terkeluar dari perlawanan TDM, pemain tidak boleh masuk semula.
    • Peraturan ini dikuatkuasakan walaupun pemain terkeluar secara tidak sengaja atau akibat masalah sambungan internet.

Syarat kemenangan:

  • Pasukan pertama yang mendapat 50 pembunuhan atau bilangan pembunuhan tertinggi selepas 10 minit.
  • Perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi dua pusingan.

Ganjaran:

  • Pemain memerolehi Battle Points (BP) berdasarkan skor masing-masing dalam perlawanan.
  • Survivor Pass XP tidak diberikan.

Mod TDM ini akan diperkenalkan sekaligus dengan 7 peta yang direka berdasarkan empat peta utama PUBG iaitu Erangel, Sanhok, Vikendi, dan Miramar.

Senarai peta TDM PUBG Arcade:

  • Erangel – Stalber, Sosnovka Military Base
  • Sanhok – Paradise Resort, Docks
  • Vikendi – Podvosto, Peshkova
  • Miramar – Campo Militar

Para pemain PUBG di PC dan konsol boleh bermain mod TDM apabila kemas kini 6.2 dilancarkan.

Sumber: PUBG Corp

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+