PUBG Mobile: Bekas ahli pasukan Loops Esports pindah ke pasukan lain

Setelah hilang kelayakan dari bertanding di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile Season 0, tiga ahli pasukan Loops Esports telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan mereka.

Carrilho telah memasuki pasukan Alpha 7 Esports, beliau akan menggantikan Vitu2k yang menjadi pemain kegemaran peminat dari region America.

Selain itu, dua lagi bekas pemain pasukan Loops Esports iaitu Caiowski, Federal dan juga bekas kapten pasukan mereka Dadin telah memilih pasukan Influence Rage Esports (INF) sebagai permulaan sejarah baru mereka.

Sebelum ini, komuniti permainan peranti mudah alih PUBG Mobile telah dikejutkan dengan berita tiga ahli pasukan Loops Esports menunjuk perasaan terhadap organisasi mereka.

Caiowski, Federal dan juga Gxlden telah berpecah dari Carrilho untuk mendarat di sebuah church di Pochinki di dalam peta Erangel. Mereka tidak berbuat apa-apa sebaliknya membiarkan pihak lawan pasukan RRQ membunuh ketiga-tiga mereka tanpa sebarang tindak balas.

Perkara ini adalah kali pertama berlaku di dalam sejarah acara kejohanan PUBG Mobile Esports. Mereka terus hilang kelayakan untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile Season 0 setelah diselidik dari bukti bukti yang ada oleh pihak penganjur.

Sikap tunjuk perasaan ini dilakukan oleh kerana konflik dalaman yang berlaku disebabkan bekas kapten pasukan mereka Dadin telah disingkirkan dari organisasi tanpa persetujuan dan cara yang professional.

Menurut kenyataan akaun twitter PUBG Mobile Esports. Federal, Gxlden dan juga Caiowski telah diharam dari menyertai sebarang acara e-sukan PUBG Mobile sehingga 10 Julai 2021. Mereka tidak dibenarkan menyertai sebarang acara yang bakal berlangsung di bawah penganjur PUBG Mobile Esports.

Peringkat akhir kejohanan dunia PMGC akan berlangsung pada 21 sehingga 24 Januari 2021 di Dubai. 16 pasukan akan merebut wang hadiah terkumpul sebanyak AS$2 juta (RM8.14 juta).

RELATED NEWS

+