PUBG Mobile: Bigetron Malaysia Umum Terence (Icybaby12) Sebagai Pengurus Besar
2020-02-24T10:37:26
By: Hazril Md Nor

PUBG Mobile: Bigetron Malaysia Umum Terence (Icybaby12) Sebagai Pengurus Besar

 

Arena PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) Malaysia nampaknya penuh kejutan baru-baru ini. Semalam, kita dikejutkan dengan berita organisasi e-sukan Indonesia, Bigetron yang membuka cawangan di Malaysia, menjadikan Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai CEO.

Hari ini, mereka umumkan pula pengulas terkenal liga Asia Tenggara, Terence Yong Yew Gin (Icybaby12) sebagai Pengurus Besar Bigetron Malaysia. Menerusi satu video di Facebook, Terence sangat gembira apabila ditawarkan posisi berkenaan. Lihat video penuh di bawah: 

Mengenai kariernya, Terence pernah mengulas untuk beberapa kejohanan PUBG Mobile antaranya Liga Asia Tenggara PMCO dalam Bahasa Inggeris dan kejohanan Dota 2 pada masa dulu. Terence juga pernah mengulas untuk liga profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL).

Berikutan itu, Bigetron Esports juga umum pembubaran Bigetron ION dan memperkenalkan salah seorang bekas pemainnya, Albar Fahreza (Hijrah) sebagai pemain pertama Bigetron Malaysia.

Menurut sumber, pemain-pemain lain akan diumumkan kemudian.

CEO Bigetron Esports, Edwin Chia berkata hasrat mereka untuk menerokai pasaran e-sukan di Malaysia adalah disebabkan statistik peminat dari Malaysia yang di luar jangkaan dan status pasaran yang belum diteroka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Arms Percuma Untuk Ahli Nintendo Switch Online Sehingga 6 April 2020
4 days ago
Catherine: Full Body Akan Tiba Di Switch Pada 7 Julai 2020
4 days ago
Xenoblade Chronicles: Definitive Edition Tiba Di Nintendo Switch Pada 29 Mei 2020
5 days ago
Bosan Di Rumah? Jom Sewa Gaming PC!
5 days ago
Ghost Recon Breakpoint Percuma Sehingga 30 Mac 2020
6 days ago
Sertai Kejohanan Komuniti Maggi Hot Cup #DudukRumah – 20,000 Diamonds & RM1,500 Tunai